©
Candy crush saga
Tuesday, 11 February 2014 • 23:40 • 2 comments
Hai earthling*lambai tangan* , hihi . Lama tak updates . Okay , aku memang suka tepek gambar besar besar dalam blog ni . Puas sikit nak tengok . Sesungguhnya aku sedang memudahkan hidup kalian *clap clap* . Okay laa , ni aku nak cerita tentang ketagihan baru dunia permainan maya iaitu game Candy Crush Saga yang kini popular di Facebook , smartphones dan tablets . Aku ni bukan jenis kaki game . Aku akan pastikan handphone dengan laptop aku bebas dari sebarang aplikasi permainan . Motif asalnya taknak bagi budak budak main phone mahupun laptop aku . Tapi lama kelamaan aku hilang minat nak main semua benda alah tu . Buat bazir battery handphone je . Tapi ditakdirkan suatu hari , ternampak sorang member aku ni main game Candy Crush dengan penuh syok . Tiap kali pegang phone mesti game candy crush yang dimainnya . Superman bertandang depan mata pun belum tentu dia nampak . Dari situlah datangnya addiction . Install dekat tab semata mata nak main benda alah tu . Dah tak tengok dah benda lain . Sedar tak sedar benda ni melekakan , aku unistall apps tu dari tab . Boikot , tak bukak dah lepas tu . Tapi semua itu terjadi hanya sementara . Sungguh hina perlakuan seperti ini . Hahaha . Memandangkan yang aku dah tak perlu memikirkan pasal spm and bla bla bla , aku reinstall balik dalam tab dan terus mara level by level like a bos ! Ketagihan berterusan sampai sekarang . Tapi sejak akhir akhir ni semangat nak teruskan permainan tu semakin pudar seperti lagu Rossa . Mana taknya asyik failed je . Lenguh otak tau . Huh . Kepada yang masih gigih meneruskan permainan , selamat maju jaya yeee ? Game game jugak , jangan lupa ibadat kepada Allah :)
![]() |
The star owner
![]() WeChat here
Sweet Memories
Archive
STATUS ♥ >> Blogskin baru :)
date : NOW
at:10 am
♥ >> Awak comel sangat jieha
date : 12/2/14
at: 12pm
♥ >> cute cinderella arrived
date: 13/2/14
at: 13.12pm
|