©


♡ JIEHAAHALIM;
ABOUT ENTRY LINKS STUFF FOLLOW Dashboard

Homesick
Sunday 6 July 2014 • 17:16 • 0 comments
Yup, aku homesick......

Homesick a.k.a rindu rumah, rindu mak, rindu ayah yang teramat sangat sehingga kadang kadang boleh menyebabkan 'demam panas tanpa ubat' dan 'mata berair tanpa sebab'. Yeke ? Hahaha. Bab mata berair tu tak. Hati gua kental lagi. Act, selama ni aku tak faham kenapa ramai sangat yang homesick. Tapi semenjak dua menjak tiga menjak serta bermenjak menjak ni, aku dah tak dapat tahan rindu dekat mak dengan ayah. RINDU! Bila aku cakap nak balik, ada je kawan aku bagi respon, " kat rumah ada mak ayah je " erk ? kau pehal ? Dah tuh nak tunggu mak ayah dah tak ada baru nak balik ? Haa tapi semua tu aku pendamkan dalam hati, aku takde lah cakap balik macam tu kat dia. Kang tak pasal pasal meraung pegi cari tiket bas kat terminal seri iskandar tu haa. Yelah kalau aku sendiri, aku memang dari kecik duduk rumah. Bila masuk universiti baru lah rasa berjauhan dari rumah. Bila dah sebulan tak balik rumah ni baru lah rasa macam macam. Segala benda tak kena. Self extream turun lah, self confident hilanglah, rindu masakan mak lah, takpun alasan paling nak menyorok, rindu katil kat rumah. Ish, jujur lah, aku rindu mak ayah aku. Bertambah pulak dengan asssignment yang tak pernah putus putus. Duh penat. Jap jap*lap hingus*-.- And now bulan puasa pulak, aduhhhhh lagi la rindu. Rindu nak sahur dengan mak and ayah. Rindu nak makan masakan mak. Rindu rindu. Rindu nak dengar mak berbeleber, rindu nak dengar lawak lawak ayah. Bila berjauhan, semua tu la yang buat aku rindu. Hati memang nak sangat balik, tapi keadaan yang buat aku tolak tepi semua tu. Selagi bergelar pelajar, selagi tu lah aku kena tempuhi semua ni *perghh ayat dramatis* Hati kena kuat, jiwa kena kental. Can't wait for raya, aku teruja nak balik pahang. Nak berkumpul ramai ramai, nak jumpa kawan kawan kacip sedunia yang aku sayang. Nak jumpa kesayangan. Cewahhh. And yang penting, gua nak peluk mak and ayah.








Interview Interior designer
Monday 21 April 2014 • 16:38 • 3 comments
                                                                 
                                                   
                                                   




" Tahniah! Anda layak menghadiri sesi temuduga ...."


What the temuduga ?
Tak puas hati ! Tak puas hati ! Aku bukak laman web rasmi UITM. Lepas dah masukkan nums ic, ouh yeahhh. SAH! SAH! Aku kena hadirkan diri ke temuduga pada hari sabtu kat uitm jengka. Dapat tau je terus kecut perut. Agak agak apa la encik encik dan puan puan tu tanya. Alhamdulillah, selangkah ke depan lagi untuk aku sambung study dalam diploma rekabentuk dalaman/interior designer (ID). Haii , memang ni laa cita cita aku dari kecik lagi.

Sekarang ni, dengan semangat yang berkobar kobar, aku nak cerita pasal ujian melukis and temuduga haritu. Sampai kat uitm jengka dalam pukul 8.30 pagi. Act, aku dah lambat. Tapi dengan pertolongan baik encik polis bantuan dengan senangnya aku dapat cari fakulti senibina perancangan dan ukur. Hehe

Dah siap parking semua, jalan la pegi kat dewan tu. Masa ni encik yang bertugas duk beri taklimat. Aku memang dah termiss intro beliau, tapi aku dapat tangkap yang interview ni ada dua sesi. Sejam yang pertama akan ada ujian melukis. Kemudian akan ada temuduga individu.

Masa ujian lukisan tu, sape cepat masuk bilik ujian tu, dia akan ambik ujian tu dulu. Bilik ujian boleh muat dalam 25 hingga 28 orang je kot. Lebih kurang la. Aku dengan selamba masuk jelah dalam bilik tu kan. Masuk cepat boleh balik awal. Yedak ? Sebelum start ujian melukis, encik yang bertugas tadi beri arahan. And wait! Aku terperasan something. Aku dah salah masuk bilik ujian! Salah tau salah?! Bilik ujian ni untuk budak yang amik senireka lukis. Arghh malu malu! So, digagahkan jugak kaki untuk berdiri. Cepat cepat aku bla dari situ. Then dengan kadar segera aku terus pegi ke bilik ujian yang sebetul betulnya. And fuh! fuh! Nasib baik tak start lagi. 

Masuk je bilik tu, aku terus cari port yang senang nak dilukis. Nak tau sebab apa ? Sebab kiteorang kena lukis cube, cuboid, 2 bijik bola, cylinder and piramid yang dah disusun. So, maknanya kiteorang kena lukis objek tu mengikut sudut pandangan masing masing. Dengan kata lain, apa yang kiteorang nampak, tulah yang kiteorang kena lukis. 

Dalam masa sejam berperang dengan pensil 2B and pemadan sahaja. Sebab, peralatan lain tak dibenarkan semasa ujian berlangsung. Maksudnya, freehand la sayang oii! Aku lukis apa yang aku nampak. Then, shading la apa yang patot. Nak kasi nampak real. 

Lepas tamat ujian tu, encik tadi bagi arahan untuk ujian seterusnya. It time for temuduga individu. Hah pengsan! Kikiki tipu je. Aku orang yang ketujuh untuk ditemuduga. Then , tiba giliran aku. Dimulakan dengan bismillah aku masuk bilik temuduga tu. Kat dalam tu cuma ada sorang je panel. Aku dapat penemuduga lelaki. Baik and sporting. And tak full speaking. Fuh! Nasib baik. 

Masuk je, dia suruh speaking. " Okay, saya nak dengar awak speaking selama 1 minit. Okay, aku membebel dengan penuh yakin time ni. "Bla bla bla bla dan bla."

Lepastu, tetiba dia tanya "apa yang awak tau pasal interior designer and apa yang awak akan belajar nanti ?" "Okay. Interior designer ni adalah seni dan sains dalam memahami tingkah laku manusia bagi mewujudkan ruang yang berfungsi dalam sesebuah banggunan. So, nanti saya kena la belajar pasal space , size bilik , colour. And semua ni nanti, saya kena bekerjasama dengan arkitek jugak. Bla bla bla dan blaa."

Act, temudaga berjalan selama setengah jam takpun 45 minit. Keluar je, ada sorang mamat ni duk tanya, apa yang penemuduga soal. Hahaha. Sape tak cuak beb. "Awak, dia tanya apa ?". "Hah, pasal minat kita terhadap art. Kenapa interior designer mejadi pilihan awak and so on. Senang je soalan dia. Be confident."

Sebenarnya banyak lagi soalan yang beliau tanya. Tapi macam tak larat je nak cerita semua. Sory sory. Aku bersyukur gila dapat penemuduga yang sporting macam tu. Harap harap aku pass. Aku nak sangat belajar course ni. Kalau dah rezeki tak kemana kan ? Sebab aku dah berusaha apa yang patut. Sekarang ni tawakal je la. Insyaallah, mudah mudahan dapat. Amin.



Countdown !
Wednesday 12 March 2014 • 01:04 • 0 comments
                                                         


Assalamualaikum and hello earthlings . How are you ? Doing good ? How your life ? It is good ? I wish everythings fine . Hmm , niat nak hapdet blog ni dah lama dah . Tapi entah lah , malas sangat sangat sangat . Apa nak jadi anak dara ni ? Semua benda kau malas . Okay , now I know macam mana feelingnya jadi budak lepasan spm . You know what ? I miss my bestfriends . Even hari hari jumpa tapi semua tu takkan pernah sama dengan zaman sekolah kan ? Rindu nak pegi sekolah yang ala ala berjemaah tu sama sama , rindu nak study sama sama , rindu nak makan sama sama , rindu nak gelak kuat kuat sama sama ,  rindu nak buat kerja gila sama sama , rindu nak tawaf satu banggunan sekolah tu sama sama , rindu nak mengumpat sama sama *Astaghfiruallahalazim* hahaha em takpelah . Kenangan semua tu kenangan , Kenangan tu lah yang akan kita ingat sampai bila bila kan ? Hanya kenangan . Cewaahhhh heh . 

                                                               
Need some choco uolls ? Hihihi


What to do ? what to do ? Kau tahu ? Semenjak aku berhenti keje ni , 24 jam  aku ni duk ternak lemak je dekat rumah disamping menjadi pengusaha tanaman anggur yang berjaya . Harini dah 12 March 2014 . Countdown for result SPM . Berapa hari je lagi ni woi ! Acano ? Mampus la . Takiuttttttttt :( Dah macam macam yang bermain dalam fikiran aku ni . Entah aku dapat berapa A ? Layak ke nak sambung belajar dengan result aku tu ? Betul lah cakap ayah , SPM tu memang nyawa . Tanpa result SPM yang bagus siapa lah aku . Tapi aku yakin dengan kemampuan aku and hopefully dapat lah result gempak sepertimana yang dah aku target . Amin  

                                                     









Keep Praying For MH370
Monday 10 March 2014 • 11:59 • 0 comments

Sure you guys dah dengar cerita plane MH370 ni kan ? Aku sendiri pun speechless bila dapat tau plane ni hilang . Like seriously ? Hilang ? I know I'm not the right person to say this but seriously , watching the people , the victims family crying all over again it's really hurtful to watch . Aku faham bila kita lose someone we love and you know , you will never see that person appear in you life again . Banyak spekulasi about this tragedi and 80 % of that is rubbish ! Aku tak faham dengan manusia manusia yang otak kosang ni yang memandai menokok tambah cerita , buat lawak jenaka antarabangsa yang sememangnya TAK LAWAK ! And tak lupa jugak yang kaitkan tragedi ni dengan politik . Okay , let's make it simple . Actually kejadian macam ni , kita tak boleh nak salahkan sesiapa . Ni bukan salah MAS , bukan salah pilot , bukan salah anak kapal or bukan salah passengger . Ni semua dah ditentukan ALLAH . It's 'Kun Faya Kun' . Allahu we can't deny the fact that everything happen according to His plane . Semua yang terjadi pasti ada sebab . Even though we not have do nothing , but we still can help them in search of keep praying for them . Insyaallah ALLAH akan permudahkan segalanya . 


Boleh bayang tak apa yang diorang alami sekarang ? Ya Allah . Cakap memang senang , tapi nak buat tu payah . Nak rasa perasaan , you know , Ibubapa lose his child , A husband lose his wife or mybe a wife lose his husband . Allahu , sayu sungguh . Serious sayu . 


This ! ' Ma who will accompany me go and take my spm result ma ? we promise ma ' . Antara bibit tulisan seorang anak kepada ibunya yang berada di dalam plane MH370 yang hilang tu . Ya Allah , sayu hati . ALLAH knows best . Walaupun masih tak tahu status plane MH370 , just prepare the worst . Insyaallah . Takpe , janji ALLAH itu pasti . Semoga berita baik yang kita perolehi . Amin .

#PrayForMH370








Ohh Nervousnyaa ! Nervousnyaa !
Monday 17 February 2014 • 16:55 • 0 comments
                                                                   

Hello para SPM candidates yang bakal mengambil result bulan march ni . Okay , sebenarnya kita geng . How you feel guys ? Nervous ? For sure lah kan . Hmm , comfirm time nak ambik result nanti , dia punya kecut perut tu kemain lagi . Cirit birit tak lawas lah , gastrik pun tetiba datang menyerang , masuk angin keluar ken*** lah , pendek kata semua ada lah . I'm sure mesti akan ada punyalah yang akan berperasaan macam ni . Dulu time nak ambik result pmr tu pun perasaan dia bukan main takut macam nak pegi berperang dengan pengganas pengganas luar je . Amboiii -.- Ni kan pulak nak ambik result Spm yang bakal menentukan hala tuju aku nanti . For sure yang aku takkan duduk diam macam itik yang akan bakal di sembelih untuk dibuat majlis cukur jambul je . Berpeluh lah , sakit pinggang lah , sakit otak lah , semua nak sakit masa tu . Berharap sangat yang result akan gempak and dapat happykan mak dengan ayah . Amin . Btw Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita , cuma kita je yang kena berusaha and terus berusaha :)

                                                               
                                                            

Hopefully , dapat happy macam ni bila dapat result nanti . Amin :)









Candy crush saga
Tuesday 11 February 2014 • 23:40 • 2 comments






Hai earthling*lambai tangan* , hihi . Lama tak updates . Okay , aku memang suka tepek gambar besar besar dalam blog ni . Puas sikit nak tengok . Sesungguhnya aku sedang memudahkan hidup kalian *clap clap* . Okay laa , ni aku nak cerita tentang ketagihan baru dunia permainan maya iaitu game Candy Crush Saga yang kini popular di Facebook , smartphones dan tablets . Aku ni bukan jenis kaki game . Aku akan pastikan handphone dengan laptop aku bebas dari sebarang aplikasi permainan . Motif asalnya taknak bagi budak budak main phone mahupun laptop aku . Tapi lama kelamaan aku hilang minat nak main semua benda alah tu . Buat bazir battery handphone je . Tapi ditakdirkan suatu hari , ternampak sorang member aku ni main game Candy Crush dengan penuh syok . Tiap kali pegang phone mesti game candy crush yang dimainnya . Superman bertandang depan mata pun belum tentu dia nampak . Dari situlah datangnya addiction . Install dekat tab semata mata nak main benda alah tu . Dah tak tengok dah benda lain . Sedar tak sedar benda ni melekakan , aku unistall apps tu dari tab . Boikot , tak bukak dah lepas tu . Tapi semua itu terjadi hanya sementara . Sungguh hina perlakuan seperti ini . Hahaha . Memandangkan yang aku dah tak perlu memikirkan pasal spm and bla bla bla , aku reinstall balik dalam tab dan terus mara level by level like a bos ! Ketagihan berterusan sampai sekarang . Tapi  sejak akhir akhir ni semangat nak teruskan permainan tu semakin pudar seperti lagu Rossa . Mana taknya asyik failed je . Lenguh otak tau . Huh . Kepada yang masih gigih meneruskan permainan , selamat maju jaya yeee ? Game game jugak , jangan lupa ibadat kepada Allah :)






KETENTUAN
Tuesday 4 February 2014 • 15:26 • 0 comments
                                                               

                                               

Short entry , do read this guys :)


Jagalah hati si dia sebaik mungkin . Hati diorang ni sememangnya sangat rapuh dan sensitif .





Si dia akan suka kalau korang berbaik dengan keluarganya .





 And the most important ! Jangan curang !




Jangan sesekali membanding bandingkan si dia dengan ex ex korang .




Btw , setiap lelaki dan wanita saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain . Setiap makhluk ada kelebihan dan kekurangannya . Orang cakap tak kenal maka tak cinta . Jangan nilai seseorang tanpa kita kenal siapa dia . Apabila dua orang telah digariskan untuk hidup bersama , telah tertulis siapa yang akan menjadi jodoh kita di dalam Kitab Lauhful Mahfudz maka , sejauh mana pun kita , sebanyak mana pun rintangan yang menghalang , sebesar apa pun beza antara kita , walaupun kita tak pernah berkomunikasi sebelum ini , mahupun bertegur sapa . Dengan izin Allah kita tetap akan bersatu dalam satu ikatan yang sah dan halal .






Thanks For Reading !


PAST
The star owner
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy or I call my superman , batman and spiderman too kill you , kikiki . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ? Mood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p



WeChat here

Sweet Memories

Archive

STATUS

>> Blogskin baru :)
date : NOW
at:10 am


>> Awak comel sangat jieha
date : 12/2/14
at: 12pm


>> cute cinderella arrived
date: 13/2/14
at: 13.12pm