©
Homesick
Sunday, 6 July 2014 • 17:16 • 0 comments Yup, aku homesick......Homesick a.k.a rindu rumah, rindu mak, rindu ayah yang teramat sangat sehingga kadang kadang boleh menyebabkan 'demam panas tanpa ubat' dan 'mata berair tanpa sebab'. Yeke ? Hahaha. Bab mata berair tu tak. Hati gua kental lagi. Act, selama ni aku tak faham kenapa ramai sangat yang homesick. Tapi semenjak dua menjak tiga menjak serta bermenjak menjak ni, aku dah tak dapat tahan rindu dekat mak dengan ayah. RINDU! Bila aku cakap nak balik, ada je kawan aku bagi respon, " kat rumah ada mak ayah je " erk ? kau pehal ? Dah tuh nak tunggu mak ayah dah tak ada baru nak balik ? Haa tapi semua tu aku pendamkan dalam hati, aku takde lah cakap balik macam tu kat dia. Kang tak pasal pasal meraung pegi cari tiket bas kat terminal seri iskandar tu haa. Yelah kalau aku sendiri, aku memang dari kecik duduk rumah. Bila masuk universiti baru lah rasa berjauhan dari rumah. Bila dah sebulan tak balik rumah ni baru lah rasa macam macam. Segala benda tak kena. Self extream turun lah, self confident hilanglah, rindu masakan mak lah, takpun alasan paling nak menyorok, rindu katil kat rumah. Ish, jujur lah, aku rindu mak ayah aku. Bertambah pulak dengan asssignment yang tak pernah putus putus. Duh penat. Jap jap*lap hingus*-.- And now bulan puasa pulak, aduhhhhh lagi la rindu. Rindu nak sahur dengan mak and ayah. Rindu nak makan masakan mak. Rindu rindu. Rindu nak dengar mak berbeleber, rindu nak dengar lawak lawak ayah. Bila berjauhan, semua tu la yang buat aku rindu. Hati memang nak sangat balik, tapi keadaan yang buat aku tolak tepi semua tu. Selagi bergelar pelajar, selagi tu lah aku kena tempuhi semua ni *perghh ayat dramatis* Hati kena kuat, jiwa kena kental. Can't wait for raya, aku teruja nak balik pahang. Nak berkumpul ramai ramai, nak jumpa kawan kawan kacip sedunia yang aku sayang. Nak jumpa kesayangan. Cewahhh. And yang penting, gua nak peluk mak and ayah. ![]() |
The star owner
![]() WeChat here
Sweet Memories
Archive
STATUS ♥ >> Blogskin baru :)
date : NOW
at:10 am
♥ >> Awak comel sangat jieha
date : 12/2/14
at: 12pm
♥ >> cute cinderella arrived
date: 13/2/14
at: 13.12pm
|