Interview Interior designer
Monday, 21 April 2014 • 16:38 • 3 comments
" Tahniah! Anda layak menghadiri sesi temuduga ...."
What the temuduga ?
Tak puas hati ! Tak puas hati ! Aku bukak laman web rasmi UITM. Lepas dah masukkan nums ic, ouh yeahhh. SAH! SAH! Aku kena hadirkan diri ke temuduga pada hari sabtu kat uitm jengka. Dapat tau je terus kecut perut. Agak agak apa la encik encik dan puan puan tu tanya. Alhamdulillah, selangkah ke depan lagi untuk aku sambung study dalam diploma rekabentuk dalaman/interior designer (ID). Haii , memang ni laa cita cita aku dari kecik lagi.
Sekarang ni, dengan semangat yang berkobar kobar, aku nak cerita pasal ujian melukis and temuduga haritu. Sampai kat uitm jengka dalam pukul 8.30 pagi. Act, aku dah lambat. Tapi dengan pertolongan baik encik polis bantuan dengan senangnya aku dapat cari fakulti senibina perancangan dan ukur. Hehe
Dah siap parking semua, jalan la pegi kat dewan tu. Masa ni encik yang bertugas duk beri taklimat. Aku memang dah termiss intro beliau, tapi aku dapat tangkap yang interview ni ada dua sesi. Sejam yang pertama akan ada ujian melukis. Kemudian akan ada temuduga individu.
Masa ujian lukisan tu, sape cepat masuk bilik ujian tu, dia akan ambik ujian tu dulu. Bilik ujian boleh muat dalam 25 hingga 28 orang je kot. Lebih kurang la. Aku dengan selamba masuk jelah dalam bilik tu kan. Masuk cepat boleh balik awal. Yedak ? Sebelum start ujian melukis, encik yang bertugas tadi beri arahan. And wait! Aku terperasan something. Aku dah salah masuk bilik ujian! Salah tau salah?! Bilik ujian ni untuk budak yang amik senireka lukis. Arghh malu malu! So, digagahkan jugak kaki untuk berdiri. Cepat cepat aku bla dari situ. Then dengan kadar segera aku terus pegi ke bilik ujian yang sebetul betulnya. And fuh! fuh! Nasib baik tak start lagi.
Masuk je bilik tu, aku terus cari port yang senang nak dilukis. Nak tau sebab apa ? Sebab kiteorang kena lukis cube, cuboid, 2 bijik bola, cylinder and piramid yang dah disusun. So, maknanya kiteorang kena lukis objek tu mengikut sudut pandangan masing masing. Dengan kata lain, apa yang kiteorang nampak, tulah yang kiteorang kena lukis.
Dalam masa sejam berperang dengan pensil 2B and pemadan sahaja. Sebab, peralatan lain tak dibenarkan semasa ujian berlangsung. Maksudnya, freehand la sayang oii! Aku lukis apa yang aku nampak. Then, shading la apa yang patot. Nak kasi nampak real.
Lepas tamat ujian tu, encik tadi bagi arahan untuk ujian seterusnya. It time for temuduga individu. Hah pengsan! Kikiki tipu je. Aku orang yang ketujuh untuk ditemuduga. Then , tiba giliran aku. Dimulakan dengan bismillah aku masuk bilik temuduga tu. Kat dalam tu cuma ada sorang je panel. Aku dapat penemuduga lelaki. Baik and sporting. And tak full speaking. Fuh! Nasib baik.
Masuk je, dia suruh speaking. " Okay, saya nak dengar awak speaking selama 1 minit. Okay, aku membebel dengan penuh yakin time ni. "Bla bla bla bla dan bla."
Lepastu, tetiba dia tanya "apa yang awak tau pasal interior designer and apa yang awak akan belajar nanti ?" "Okay. Interior designer ni adalah seni dan sains dalam memahami tingkah laku manusia bagi mewujudkan ruang yang berfungsi dalam sesebuah banggunan. So, nanti saya kena la belajar pasal space , size bilik , colour. And semua ni nanti, saya kena bekerjasama dengan arkitek jugak. Bla bla bla dan blaa."
Act, temudaga berjalan selama setengah jam takpun 45 minit. Keluar je, ada sorang mamat ni duk tanya, apa yang penemuduga soal. Hahaha. Sape tak cuak beb. "Awak, dia tanya apa ?". "Hah, pasal minat kita terhadap art. Kenapa interior designer mejadi pilihan awak and so on. Senang je soalan dia. Be confident."
Sebenarnya banyak lagi soalan yang beliau tanya. Tapi macam tak larat je nak cerita semua. Sory sory. Aku bersyukur gila dapat penemuduga yang sporting macam tu. Harap harap aku pass. Aku nak sangat belajar course ni. Kalau dah rezeki tak kemana kan ? Sebab aku dah berusaha apa yang patut. Sekarang ni tawakal je la. Insyaallah, mudah mudahan dapat. Amin.
![]() |
The star owner
![]() WeChat here
Sweet Memories
Archive
STATUS ♥ >> Blogskin baru :)
date : NOW
at:10 am
♥ >> Awak comel sangat jieha
date : 12/2/14
at: 12pm
♥ >> cute cinderella arrived
date: 13/2/14
at: 13.12pm
|